Sunday, April 4, 2010

Beban tugas seorang guru

Beban tugas guru masih tak berselesaian. Bukan sahaja guru data malah semua guru. Kebanyakan guru lebih menumpukan kepada tugasan bukan hakiki seperti menyiapkan pelbagai fail, maklumat dan dokumen yang mengikut pihak pengurusan perlu disiapkan segera. Hampir 100% drp waktu free guru digunakan untuk membuat kerja-kerja bukan hakiki. Sepatutnya masa free guru digunakan untuk menyemak kerja murid, membina bahan PnP serta membuat persediaan mengajar esoknya. Hal-hal sebeginilah yang menyebabkan kualiti PnP guru-guru menurun dan kesannya adalah kepada para pelajar Kurang kerjasama dari ibu bapa menyulitkan lagi tugas guru kerana kegagalan murid seringkali guru disalahkan. Guru tidak bagus, tidak menjalankan pengajaran dengan berkesan sering kita dengar daripada mulut ibu baba. Malah terdapat ibu bapa sanggup mencemuh guru kerana anaknya tidak mendapat keputusan yang cemerlang. Selain itu, dalam mesyuarat PIBG, sekali lagi guru dipersalahkan kerana kononnya guru tidak menjalankan tugas dengan baik. Malah mesyuarat PIBG menjadi medan guru dihentam dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal. Sukar untuk dinyatakan beban tugas seorang yang bernama guru.

No comments:

Post a Comment