Sunday, May 9, 2010

Kerabu Bronok

Bronok adalah satu makanan istimewa penduduk-penduduk Langkawi. Bronok atau dalam bahasa Inggeris disebut sea cucumber.Bronok hidup di pantai sekitar Langkawi dan ia merupakan tredmark makanan utama di Langkawi. Hal ini kerana Kerabu Bronok hanya terdapat di Langkawi. Bronok juga boleh didapati di kawasan lain seperti Kuala kedah dan beberapa tempat lain tetapi penduduk Langkawi sahaja yang pandai menyediakan menu Bronok. Pada asasnya bronok tidak boleh dimasak kerana ia akan hancur dan berair, bronok akan dibesihkan dan dihiris kecil-kecil dan akan di campur dengan beberapa ramuan khas seperti kerisih,ulam, cili giling dan sebagainya.


Rasa Bronok seperti kenyang dan ranggup membuatkan rasanya sukar ditandingi oleh kerabu lain. Sesiapa yang ingin merasa kerabu Bronok datang ke Pulau Langkawi.

No comments:

Post a Comment